Larangan rakyat China ke Sarawak

KUCHING: Rakyat China dan warganegara asing yang telah Negara China dalam tempoh 14 hari terakhir tidak dibenarkan (dihalang) masuk ke Sarawak berkuatkuasa hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata perlaksanaan ini berkuatkuasa sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

“Kemasukkan ini dikecualikan bagi mereka yang mempunyai Pas Pekerjaan, Pas Pelajar atau Pas Sosial Panjang.

“Tetapi setelah tiba di Sarawak, mereka mesti menjalani kuarantin wajib di rumah selama 14 hari,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya ketibaan rakyat Sarawak sendiri yang kembali dari China dalam tempoh 14 hari yang lalu juga mesti menjalani kuarantin wajib di rumah selama 14 hari.

“Manakala, warganegara China yang sudah ada di Sarawak adalah dinasihatkan untuk melaporkan diri kepada Konsulat China ke mana mereka pergi dan tempat penginapan mereka selama berada di Sarawak.

“Tindakan ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Sarawak dan langkah-langkah untuk mengurangkan penyebaran wabak Koronavirus di negeri ini,” ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel