BERSATU Sarawak sokong penuh Tun Mahathir pulihkan politik negara



KUCHING : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menanggani kemelut politik negara ketika ini.

Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sarawak, Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, pihaknya sedia maklum dengan situasi dan perkembangan politik semasa yang melanda Malaysia sekarang.

"BERSATU Sarawak menyokong dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Dr Mahathir dalam menanggani penyelesaian kemelut politik masa ini. 

"Sokongan tanpa berbelah bagi juga diberikan sepenuhnya kepada Dr Mahathir untuk diangkat semula sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan memimpin pentadbiran kerajaan demi kestabilan dan kepentingan negara," katanya dalam kenyataan di sini petang ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sarawak juga menjunjung mandat rakyat yang telah berani menyingkirkan kerajaan kleptopkrasi UMNO- BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu. 

Tambahnya, mereka juga menyokong penuh pendirian Dr Mahathir yang menolak kerjasama UMNO secara 'en-bloc' dalam usaha membentuk kerajaan baharu seperti yang digembar-gemburkan.
"Dengan penuh pengharapan, BERSATU Sarawak mendoakan semoga Allah S.W.T. akan sentiasa memberi bimbingan dan hidayah kepada Dr Mahathir dan rakyat Malaysia amnya", kata beliau.
 
LihatTutupKomentar
Cancel