Membaca yang tersirat perutusan Tun

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta diberi ruang agar dia boleh menjalankan tugasnya menyelesaikan kemelut politik dengan baik tanpa gangguan.

Mengenali Tun M ketika beliau sebagai Perdana Menteri ke 4 terus menerus selama 22 tahun, tiada siapa yang tunjuk ajar memaksanya membuat keputusan.

Pandailah dia memikir, menimbang, menilai dan membuat keputusan sebab itu dia bertahan selama 22 tahun terus menerus sebagai Perdana Menteri sehinggalah beliau meletak jawatan.

Amat berbeza dengan keadaan sekarang, begitu ramai orang dan parti politik yang cuba mengajar dan mendesak beliau yang berusia 94 tahun itu untuk membuat keputusan seolah-olah bodohnya beliau tidak tahu untuk membuat keputusan.

Misalnya, beliau diasak dan didesak supaya menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim.

Tun M pun cakap dia akan serahkan jawatan PM kepada Anwar.

Tetapi tambah lagi desakan meminta Tun M tetapkan satu tarikh pula.

Jika Tun M tetapkan tarikh pun tetap diasak dan didesak juga.

Begitu ramai orang dan parti politik yang mengasak dan mendesak Tun M supaya bubarkan Parlimen.

Sedangkan Tun M sudah cakap beliau akan pilih kerajaan bukan berdasarkan parti tetapi berdasarkan Parlimen.

Yang di-Pertuan Agong YDPA pun sudah jawab jangan ganggu saya, biarkan saya jalankan tugas saya.

Begitu juga Tun M, tidak cukup dengan penekanan oleh YDPA hari ini tersiratnya Tun M pun memberitahu perkara yang sama jangan ganggu tugasnya melaksanakan tugasnya sebagai PM interim.

Tetapi pihak berkenaan asyik desak Tun M bubar Parlimen dan Tun M sudah maklumkan penyelesaiannya bukan bubar Parlimen tetapi kerajaan baru berasaskan wakil rakyat bukan wakil parti.

Tetapi sebaliknya, UMNO dan PAS bertegas tidak mahu menyokong Tun M sebab ada parti DAP sedangkan Tun M sudah cakap bukan berasaskan parti.

Tetapi Perikatan Nasional bukan berdasarkan parti tetapi Muafakat Nasional masih berasaskan parti.

Begitu PKR, PAN dan DAP juga sibuk hendak wujudkan kerajaan sendiri kononnya cukup majoriti parlimen. Tidakkah itu mengganggu Tun M yang sedang membentuk kerajaan baru.

Katanya sokong Tun M tetapi membangkang Tun M, Melayu kata mulut kur-kur panggil ayam tangan pegang penyapu, bila ayam datang dihalaunya pula.

Biarlah Tun M melaksanakan tugasnya tanpa gangguan sekurang-kurangnya dilantik Perdana Menteri baru nanti.
LihatTutupKomentar
Cancel