Bomba Betong santuni anak anak asnaf
BETONG: Bomba Zon 3 Sarawak akan terus berada di barisan hadapan dalam membantu masyarakat semasa bencana selain bantuan kebajikan
Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak, PgB Nik Mohamad Afiq Nik Roslan berkata, ini dijayakan melalui perlaksanaan pelbagai program yang dapat memanfaatkan masyarakat setempat.
Katanya, kekuatan pihak Bomba dalam menyampaikan maklumat banyak memberi kekuatan untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak kekal dibarisan hadapan dalam membantu masyarakat.
“Ini adalah hasil kerjasama dengan pihak media dalam penyampaian maklumat yang cepat. Ia mengukuhkan lagi kekuatan anggota yang bertugas serta penghargaan bagi anggota,” katanya berucap pada Program Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Bersama Anak-Anak Asnaf yang berlangsung di Balai Bomba Dan Penyelamat(BBP) Betong.
Beliau berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada pihak media yang memberikan kerjasama kepada JBPM untuk mengekalkan prestasi.
Ini merupakan kesinambungan dua program terdahulu yang diadakan dalam Zon 3 Sarawak selepas Sri Aman dan Saratok.
Beliau berharap program seumpama ini terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak luar.
Program turut melibatkan Tabika Kemas St Augustine, Prasekolah SK Tanjung Assam dan Tabika Perpaduan Bebanggai yang disatukan menerusi kerangka Kelab 3K yang terpilih dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.
Objektif ialah memupuk kesedaran awam berkaitan bahaya kebakaran. Selain daripada itu untuk mendekatkan masyarakat dengan pihak Bomba.