PKR Sarawak amalkan kronisme dan nepotisme, Cabang Batang Sadong
KUCHING - Parti Keadilan Rakyat Cabang Batang Sadong menolak perlantikan Jamilah Baharuddin sebagai Penyelaras Parlimen Batang Sadong
Dalam satu kenyataan yang doedarkan, mereka mendakwa pencalonan nama Jamilah Baharuddin tidak pernah dirujuk dan diminta pendapat Ketua
Cabang mahupun jawatankuasa cabang.
"Difahamkan pencalonan dibuat oleh pihak
berkepentingan yang mahu menaikkan merit Jamilah sebagai bakal calon DUN
Simunjan pada PRN akan datang. Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa," kata kenyataan itu.
Mereka juga mendakwa ada unsur kronisme dan nepotisme di dalam perlantikan ini kerana kaitan lantikan Penyelaras Parlimen Batang Sadong dan Penyelaras Parlimen Petra Jaya dengan Timbalan Pengerusi MPN Sarawak.
" Seorang anak dan seorang lagi adik
kepada Timbalan Pengerusi MPN."
" Beliau turut hadir menyaksikan anak dan adiknya menerima watikah daripada YB Baru Bian. Perlantikan ini tidak sewajarnya berlaku kerana sangat merendah-rendahkan kebolehan orang Batang Sadong sendiri."
Mereka mendakwa orang Batang Sadong lebih arif dan faham kehendak dan keperluan mereka.
"Perlantikan Jamilah yang bukan berasal dari Batang Sadong telah menafikan peluang anak jati yang layak untuk menunjukkan kebolehan
mereka."
"Kami boleh menerima perlantikan dari mana-mana rakan parti sekutu PH di
Batang Sadong, asalkan penyelaras tersebut anak Batang Sadong. Bukan orang luar Batang Sadong."
Kenyataan itu juga mendakwa Jamilah bukan anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Batang Sadong tetapi anggota
Cabang Petra Jaya.
" Beliau adalah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Petra Jaya. Amat aneh, anggota cabang lain boleh dilantik mewakili kerajaan pusat untuk kawasan cabang kami."
Sejak mesyuarat pertama cabang pada Oktober 2018 dan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan Cabang, kami telah mengusulkan Ketua Cabang Batang Sadong, Encik Piee
Ling diberi autoriti sebagai Penyelaras Parlimen untuk memudahkan saluran dan wakil kerajaan pusat di Batang Sadong, tambah kenyataan itu.
Oleh itu, kami membantah keras perlantikan ini dan diganti dengan calon dari Batang Sadong sendiri, tegas mereka.