Geng pecah rumah kena road block


KUCHING: Cubaan dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam aktiviti pecah rumah dan curi kereta meloloskan diri dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Haji Taha, di sini, malam tadi, gagal apabila ditahan pihak polis.

Dalam sekatan jam 11.30 malam itu, ketiga-tiga mereka yang berusia 24 dan 25 tahun ditahan anggota dan pegawai Balai Polis Sentral menaiki sebuah kereta Perodua Kancil warna putih dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Balai Sentral,Asisten Superintendan (ASP) Ahmad Abang berkata,ketika ditahan untuk pemeriksaan kereta terbabit enggan berhenti dan melarikan diri,namun
berjaya ditahan ditempat tersebut. 

"Didapati dua lelaki dan seorang perempuan berusia 24 dan 25 tahun berada di dalam kereta berkenaan.

"Setelah pemeriksaan dilakukan dalam kereta itu,pihaknya menjumpai parang dan perkakas alat pecah rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,berdasarkan semakan yang dilakukan,dua suspek lelaki mempunyai rekod lampau berkaitan curi kereta, pecah rumah dan dadah manakala suspek wanita tidak mempunyai rekod lampau.

"Dua suspek lelaki dibawa ke balai polis Sentral manakala suspek wanita dibawa ke balai polis Satok untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan 1958,"katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel