Bot nelayan ditahan

KABONG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua buah Bot Nelayan Tempatan (BNT) melanggar zon menangkap ikan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Ketika tangkapan jam 9 pagi itu, kedua-dua bot berada di kedudukan lebih kurang 2.2 dan 2.5 batu Nautika barat daya Beladin.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz Md. Kassim berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kelima-lima lelaki (awak-awak termasuk tekong) yang diperiksa adalah warga negara tempatan dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kedua-dua bot ini berasal dari Kabong,sejumlah hasil tangkapan ikan campur-campur juga turut dirampas.

"Bot-bot tersebut kemudiannya ditahan dan diiringi masuk ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata,operasi itu dijalankan setelah menerima maklumat aduan awam mengenai bot pukat tunda yang berleluasa di kawasan berkenaan yang kerapkali menangkap ikan dengan menunda bot di kawasan yang terlarang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iatu menunda atau memukat ikan kurang dari jarak yang telah ditetapkan di dalam Buku Lesen.
LihatTutupKomentar
Cancel