Bukan Anwar PM 8?
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
Kemelut politik yang sedang berlaku di negara ini memang benar-benar menguji dan membuktikan kewibawaan dan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia
Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai raja pemerintah negara.
Baginda perlu memastikan keamanan, ketenteraman, keselamatan, kesejahteraan, keharmonian lebih 33 juta rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.
Kurang 48 jam selepas pelbagai spekulasi mengenai pembentukan kerajaan baharu, Tun Dr Mahathir Mohammad menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh negara tengah hari tadi.
Tindakan Dr Mahathir itu menyebabkan jemaah Menteri yang dilantiknya terbubar serta-merta.
Ketika ramai pihak mendesak supaya Parlimen dibubarkan supaya diadakan pilihan raya semula, adakah itu pilihan terbaik dan paling tepat? Sudah tentu tidak.
Sudah tentu DYMM YDPA sebagai ketua negara Raja Berperlembagaan arif dan maklum mengenai Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kerana bagindalah rajanya.
Artikel 32 Perlembagaan menyatakan bahawa DYMM YDPA adalah seorang Ketua Utama Negara yang mempunyai keutamaan daripada segala orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan apa2 prosiding dimana2 mahkamah kecuali di mahkamah khas.
Maka dalam segala hal, DYMM YDPA hendaklah diutamakan dan kelihatan diutamakan.
Sebagai Ketua Utama Negara, atau bahasa awamnya sebagai orang nombor satu di malaysia sudah jelas tersiratnya bidang kuasa baginda dalam apa2 hal sekali pun samada yang dinyatakan dalam perlembagaan atau tidak.
* Penulis memulakan kerjaya kewartawanan sejak 2008, memenangi lebih 25 anugerah media termasuk Kajai