Wanita PBB percaya kebijaksanaan Ketua Menteri


KUCHING,24 Feb: Ketua Pergerakkan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Sri Fatimah Abdullah menyerahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi mengulas mengenai Tun Dr Mahathir Mohamed yang menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini.

"Kami semua akan menyerahkannya kepada kebijaksanaan Yang Amat Berhormat (Ketua Menteri). Kita amat percaya dia tahu sentimen anak Sarawak. Kemudian kita juga dapat melihat beliau amat jelas halatuju iaitu ke mana Sarawak hendak dibawa oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri,"katanya ketika mengadakan sidang media mengenai cadangan penubuhan Sarawak Psychology Counseling Center (SPCC) Kuching di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, di sini, hari ini.

Fatimah mengulas laporan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada jam 1 tengahari tadi.

Fatimah berkata berikutan halatuju Ketua Menteri yang jelas, mereka semua dibelakangnya dan Ketua Menteri akan mengadakan sidang media mengenai perkara itu di Ibupejabat PBB, Jalan Bako, di sini, petang esok.

"Disitu saya rasa wartawan boleh tanya kepada Ketua Menteri sebagai pemimpin negeri ini dan lebih sesuai dan lebih betul soalan itu ditanya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri,"katanya.

Beliau berkata ketika ini pihaknya dalam PBB juga masih tertunggu-tunggu apa perkembangan seterusnya mengenai perletakkan jawatan Tun Mahathir terbabit.

Manakala sekiranya perletakkan jawatan terbabit menyebabkan diadakan Pilihan Raya Umum tergempar di negara ini, Fatimah berkata Jentera Pergerakkan Wanita PBB bersedia menghadapi pilihan raya itu.

"Kami di peringkat jentera wanita (PBB) seperti ada boleh lihat sebelum ini kami sudah mengistiharkan bahawa jentera wanita harus bersiap sedia, kami mesti dalam mode pilihan raya dan dalam mood pilihan raya," katanya.

Fatimah berkata antara persiapan menghadapi pilihanraya sedang dilakukan pihaknya ialan melakukan jerayawara GPS-PBB di kawasan DUN di seluruh negeri ini.
tamat.

keterangan gambar:

1.Datuk Sri Fatimah Abdullah ketika mengadakan sidang media di cadangan penubuhan Sarawak Psychology Counseling Center (SPCC) Kuching di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel