Seorang maut motosikal bertembung kereta di Kampung Jepak

BINTULU: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan menyebabkan mangsa terpelanting kira-kira tiga meter.

Dalam kejadian jam 11.30 malam tadi, di 
kawasan bulatan Kampung Jepak,di sini, mangsa, Guang Dang,46, penunggang, maut serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan, rakannya wanita berusia 43 tahun cedera parah di bahagian kaki dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata,motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangnya kedua-dua mangsa
bergerak laju dari arah Kampung Jepak menuju ke arah Jalan Bintulu-Tatau.

"Pemandu kereta Proton Waja dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pemandu lelaki berusia 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih trauma dengan insiden yang berlaku.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat manakala rakannya turut dihantar ke hospital yang sama bagi mendapat rawatan," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel