Direman 3 hari kerana miliki syabu

KUCHING: Seorang remaja ditahan reman selama tiga hari sehingga 27 Februari ini kerana kesalahan memiliki dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, remaja berusia 17 tahun itu diberkas jam 5.15 petang semalam oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN),Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padawan yang menjalankan serbuan bertempat di tepi jalan Lorong 16, Kampung Haji Baki, di sini.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek tersebut telah berjaya merampas dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.32 gram dianggarkan bernilai RM 50,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil saringan awal air kencing suspek positif dadah jenis
Amphetamine / Methamphetamine.
Kes disiasat di bawah seksyen 12(2) ADB 1952.
LihatTutupKomentar
Cancel