Lelaki diberkas di Telaga Air kerana dadah


KUCHING: Bahagian Siasatan 
Jenayah Narkotik(BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan memberkas seorang lelaki kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Lelaki berusia 26 tahin itu diberkas jam 6.20 petang,Sabtu lalu dalam serbuan di tepi rumah Lorong 3A, Kampung Telaga Air, Jalan Matang, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata,
hasil pemeriksaan  ke atas suspek tersebut telah berjaya merampas dadah 
jenis syabu dengan berat kasar 3.11 gram yang dianggarkan bernilai RM400.


"Hasil saringan awal air kencing suspek positif dadah jenis Amphetamine / Methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,suspek telah direman selama tiga hari mulai 24 hingga 26 Februari ini.

Kes disiasat di bawah seksyen 12(2) ADB 1952.
LihatTutupKomentar
Cancel