Salahuddin mohon maaf kepada petani, penternak, nelayan

PUTRAJAYA, 24 Feb -- Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini memohon maaf kepada semua petani, penternak dan nelayan, selepas mencuba yang terbaik selama satu tahun lapan bulan, ketika mengemudi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan ekoran desas desus penjajaran semula landskap politik negara, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata beliau telah memperjuangkan nasib petani, penternak dan nelayan sepanjang berada di kementerian itu.

“Sekiranya saya masih gagal, saya sekali lagi memohon sepenuhnya kemaafan anda semua.

“Setakat ini sahaja hayat saya di MOA dan saya mendoakan semoga nasib anda semua akan terus berubah, di bawah kepimpinan MOA yang baharu nanti," katanya.

-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel