Bukit Lima dinaik taraf, Abang Jo


SIBU: Untuk keselesaan pengunjung Rizab Semulajadi Bukit Lima, kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut akan dinaik taraf.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg, naik taraf tersebut termasuklah jalan berturap dan sistem perparitan di kawasan berkenaan.

Jelasnya, kawasan tersebut sering dijadikan sebagai tempat untuk beriadah dan pengunjung juga dapat melihat pelbagai jenis burung dan haiwan lain.
Tambah beliau lagi, dengan adanya kemudahan infrastruktur tersebut Rizab Semulajadi Bukit Lima bakal menjadi sebuah lagi kawasan tarikan pelancong.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Wetland Sedunia 2020 di Sibu, pada Sabtu.

Kawasan seluas 219.22 hektar yang terletak di tengah – tengah Bandar Sibu telah diwartakan sebagai kawasan hijau dan majlis pengisytiharan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Menteri sendiri.
LihatTutupKomentar
Cancel