Vaksin percuma di Tebedu 10 - 15 Februari

KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak memberikan suntikan vaksin antirabies percuma di Tebedu, Serian.

Ia akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan memberikan suntikan antirabies percuma dari rumah ke rumah di kawasan berkenaan.

Program pada 10 hingga 15 Februari melibatkan 16 kawasan pada pagi serta petang, dan diteruskan pada 18 hingga 22 Februari melibatkan 19 kawasan yang juga dijalankan pada pagi dan petang.

Manakala pada 24 hingga 28 Februari pula, program itu akan diadakan pada pagi, tengah hari dan petang melibatkan 12 kawasan.
LihatTutupKomentar
Cancel