Carlos Magro pulang kampung awal

UMPAMA belum berperang sudah tewas. Perumpamaam itu ditujukan kepada calon ketua jurulatih berasal dari Sepanyol, Juan Carlos Magro Oliva kini sudah kembali ke negara asal setelah digugurkan.

Hasrat peminat bola sepak Sarawak untuk melihat permainan ala Real Madrid atau Valencia tidak kesampaian apabila Magro menarik diri daripada pasukan Sarawak United.

Kekalahan kepada Kuala Lumpur 2-1 dan dibelasah PDRM 5-0 antara faktor penyebab Magro dilepaskan kerana tidak memiliki kriteria yang diinginkan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais dipetik sebagai berkata, pendekatan dan kaedah latihan serta strategi Magro Olivia tidak sesuai dengan Sarawak United, apatah lagi untuk mengharungi kejohanan kompetetif seperti Liga Premier.

Lebih drastik, pihak pengurusan mengambil keputusan tidak memilih semua pemain import yang hadir dalam ujian, termasuk pemain musim lalu, Hudson.

Kini Sarawak United dikendalikan oleh penolong jurulatih Safri Amit sementara menunggu kelobat jurulatih baharu.

Terbaru, Sarawak tewas 4-1 kepada Perak II dalam aksi persahabatan di Stadium Perak, Ipoh.
LihatTutupKomentar
Cancel