Spaoh bakal lihat projek mega tahun ini.
SPAOH: Rakyat di sini akan menikmati beberapa projek mega bermula tahun ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata diantaranya ialah projek membina pejabat kecil daerah yang bernilai RM5 juta.
Beliau berkata pejabat ini dijangka siap pada September tahun ini.
"Seterusnya ialah pembinaan Pusat Pertanian Spaoh bernilai RM3.5 juta.
Beliau berkata demikian semasa sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Persatuan Tiong Hua Spaoh di dewan komuniti di sini malam tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat, Penasihat Sains kepada Kerajaan Negeri Tan Seri Alfred Jabu, setiausaha politik kepada ketua menteri Dr Richard Rapu dan DResiden Betong, Friday Belik serta pengerusi persatuan Walter Chang.
Uggah menambah projek lain yang kini dalam pembinaan ialah Kompleks Sukan Spaoh bernilai RM14 juta, pasar baru RM5 juta dan projek tebingan sungai Spaoh RM6.2 juta.
Ujarnya, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM30 juta untuk membina jambatan menyeberangi Sungai Paku ke pekan itu sebagai sokongan kepada kawasan Betong / Sarikei Food Basket.
"Pada mulanya kita menganggarkan RM7 juta untuk projek itu tetapi dengan nasihat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg jumlah itu telah ditambah," katanya.
Spaoh juga akan memiliki lapangan terbang senditi RM108.3 juta dalam tempoh empat tahun akan datang untuk mengangkut produk segar dari kawasan itu ke pasaran.
Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah berkata semua ini membuktikan bahawa kerajaan GPS tidak membuat janji kosong ketika mereka mengumumkan keputusannya untuk menyediakan projek-projek ini.
"Sudah tentu perlaksanaan projek memerlukan sedikit masa.
"Dan masih banyak yang perlu kita lakukan di kawasan lain," tambahnya.
Sementara itu, Uggah sekali lagi mengingatkan komuniti luar bandar untuk menyusun semula dan memantapkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) masing-masing.
"Bermula tahun ini kerajaan PH akan membentuk MPKKP atau jawatankuasa pentadbiran komuniti kampung mereka.
"MPKKP berupaya mengganggu-gugat keadaan kita di negeri ini," katanya.
Uggah berkata Abang Johari juga memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk mengukuhkan institusi JKKK tahun ini.
Mengenai penyakit Coronavirus, beliau berkata penduduk luar bandar sepatutnya prihatin dengan orang lain dalam memastikan ia tidak menjejaskan mereka.
"Sila ikuti semua nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa yang berkenaan.
"Penyakit ini telah diisytiharkan sebagai kecemasan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia kerana telah merebak ke lebih daripada 20 negara.
"Oleh itu, kita harus berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan.
"Di pihak kerajaan negeri yang kita ada dan akan terus melaksanakan langkah-langkah dan tindakan wajib untuk menghadapi kemungkinan penyebaran," katanya.
Pada majlis-majlis tersebut Uggah mengumumkan geran berjumlah kira-kira RM290,000 untuk pelbagai organisasi di kawasan tersebut.
Beliau juga mengagihkan "angpau" kepada 39 warga emas .