Cedera dahi, tangan dibelasah

SIBU: Seorang lelaki mengalami kecederaan dahi dan tangan selepas dibelasah di hadapan Hotel Tanahmas di sini kira-kira jam 4 petang tadi.

Bagaimanapun suspek yang membelasah mangsa melarikan diri dan mangsa ditemui dibangku dalam keadaan berlumuran darah. 

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Bahagian Sibu berkata, mangsa dikenali Fendi ak Benjamin di bawah pengaruh alkohol namun masih dalam keadaan sedar serta boleh berkomunikasi.

Katanya, mangsa hanya diberikan rawatan di lokasi sahaja dan mangsa tidak mahu di hantar ke Hospital.

"Mangsa mengalami luka terhuris di dahi dan di bahagian siku sebelah kanan.

"Luka mangsa di cuci menggunakan air choloride dan di balut dengan lint dressing," katanya dalam kenyataan.

Mangsa di suruh membuat laporan di Balai Polis.
LihatTutupKomentar
Cancel