Chong hanya tabur janji 'bulan dan bintang'
KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen hanya pandai menabur janji 'bulan dan bintang' kepada rakyat Sarawak tetapi tidak pernah mengotakannya.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan Chong seorang yang suka berbohong.
"Rakyat boleh lihat sendiri berapa banyak pembohongan yang telah dilakukan Chong.
"Sejak PH mengambil tampuk pemerintahan pelbagai janji ditabur tetapi tidak ada satupun yang dikotakan,"katanya.
Katanya,antara janji-janji Chong dalam manifesto PH ialah pemberian surat hak milik tanah,royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus,cukai dan sebagainya.
"Janji terbaru yang ditabur ialah
penduduk Kampung Selangan Batu di Pending akan mendapat geran untuk tanah kediaman mereka sekiranya PH berjaya mengambil alih kerajaan Sarawak pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang," ujarnya.
Beliau berkata, semua janji yang ditabur PH hanya untuk meraih simpati rakyat agar menyokong mereka.