Pesara tentera diberkas jual loteri haram
BAU:Pesara tentera diberkas kerana terlibat dalam penjualan loteri haram bertempat di depan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai, Pinang, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, lelaki berusia 68 tahun itu ditangkap pada jam 6 petang di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Barang bukti seperti empat keping kertas putih bercetak angka serta wang tunai turut dirampas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, semakan rekod lampau menunjukkan suspek tidak mempunyai kesalahan lampau.
"Sabit kesalahan suspek boleh didenda
tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM 200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara," katanya.