Coli, botol plastik jadi pilihan
BEIJING: Kerana untuk mengelak dijangkit wabak Koronavirus, rakyat Chiuna sanggup menggunakan apa-apa sahaja sebagai topeng pelindung.
Coli, botol plastik, kilih buah-buahan dan sayur antara alternatif lain selepas topeng muka tiada stok.
Alternatif itu menjadi pilihan mereka selepas tidak dapat membeli topeng muka yang kehabisan stok di pasaran.
Daily Mail melaporkan, mereka memakai ‘topeng muka’ ciptaan sendiri itu ketika menaiki pengangkutan awam dan tempat terbuka selain pasar raya bagi meneruskan urusan harian.
Sebahagian mereka turut memuat naik gambar swa foto pemakaian ‘topeng muka’ itu di laman sosial masing-masing.
Turut tersebar di laman sosial adalah video individu merendam topeng muka mereka di dalam air panas sebelum menjemurnya hingga kering.
Perkongsian itu mendapat perhatian pegawai kesihatan di China yang menasihati orang awam supaya tidak menggunakan topeng muka mereka berulang kali.
Sementara itu, pakar perubatan yang juga jurucakap kesihatan wilayah Gansu berkata topeng muka sepatutnya ditanggalkan selepas beberapa jam digunakan dan penggunaan berulang kali boleh mengurangkan keberkesanannya.
Sejak penularan wabak berkenaan, kakitangan syarikat pembekal topeng muka di China kini terpaksa bekerja lebih masa bagi memastikan bekalan yang ada mencukupi untuk warga tempatan.