Murung asma, seorang lelaki potong alat kelamin sendiri


SULAWESI - Seorang lelaki di Daerah Sinjai, Sulawesi Selatan ditemui dalam keadaan kritikal selepas memotong alat kelaminnya sendiri.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bola Satu Hamlet, Sinjai, lelaki yang dikenali sebagai ZN itu dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan.

Memetik berita yang disiarkan Kompas, ZN, 45, dikatakan sering bersendirian di rumah kebun.
Menurut penduduk kampung, ZN dalam keadaan murung selepas tidak sembuh daripaa penyakit asma.

Menurut portal berita itu lagi, beberapa polis dari Bulupoddo pergi ke rumah mangsa pada jam 3 petang Jumaat lalu (31 Jan 2020) dan mendapati ZN dalam keadaan kritikal.

Pihak polis juga mengambil sabit mangsa sebagai bukti. 

Siasatan mendapati, mangsa bertekad untuk memotong alat kelaminnya sendiri menggunakan sabit pemotong rumput. 

Dari hasil siasatan, mangsa memotong alat kelaminnya sendiri akibat kemurungan dan menurut maklumat dari keluarganya bahawa mangsa ini mempunyai sejarah gangguan mental.

Mangsa masih mendapat rawatan intensif.

Sumber Kompas.com

LihatTutupKomentar
Cancel