RM300,000 untuk dewan dan Galeri Selako

SEMATAN: Sebanyak RM300,000 diluluskan untuk projek pembinaan Dewan dan Galeri Selako di Kampung Sebat Dayak melalui Projek Transformasi Luar Bndar (RTP) 2020.

Adun Tanjong Datu, Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah berkata, dewan berkenaan dapat digunakan untuk aktiviti penduduk kampung serta Galeri Selako sebagai tempat mempamerkan tentang adat dan istiadat masyarakat etnik Bidayuh Selako untuk generasi akan datang.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi KK Segil Anak Ali yang terkena stroke dan sekali gus memberi sumbangan beliau di Kampung Sebat Dayak.

Di samping itu, beliau juga memberitahu Gereja St Simon Sebat Dayak juga turut menerima cek sumbangan Kerajaan Sarawak sebanyak RM100,000 untuk rumah ibadat agama-agama lain bagi tahun 2019 (Fasa 2).

Beliau berkata, keperihatinan Kerajaan Sarawak memberikan kemudahan kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa agar mereka dapat beribadat dengan selesa.

Untuk itu beliau menyeru agar Ketua-Ketua Kaum Dan Masyarakat di Kampung itu tidak membenarkan orang luar untuk masuk ke kampung dan sekali gus merosakkan perpaduan yang sekian lama terjalin.
LihatTutupKomentar
Cancel