Sarawak ambil kerbau baka stok Australia
LAWAS: Sarawak berhasrat untuk mengembangkan industri pembiakan kerbau ke tahap yang lebih tinggi di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata ini termasuk membawa stok pembiakan dari negara seperti Australia atau India.
Beliau memberitahu pemberita selepas lawatan ke Stesen Pembiakan Kerbau Maragang kira-kira 28 kilometer dari sini pada Sabtu.
Stesen itu kini mempunyai 477 ekor kerbau dimana 252 diimport pada tahun lepas dari Australia manakala selebihnya adalah baka tempatan.
Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata, baka Australia boleh membesar dengan saiz 800 kilogram besar berbanding baka tempatan di antara 300 hingga 400 kilogram.
"Kita berhasrat untuk meningkatkan teknologi pembiakan termasuk penggunaan Inseminasi Buatan.
"Sudah tentu salah satu faktor yang paling penting ialah memastikan kita mempunyai bekalan makanan yang cukup untuk ternakan.
"Tetapi kita boleh mencontohi Sabah dengan memproses daun kelapa sawit sebagai sumber makanan.
"Kita mempunyai kira-kira dua juta hektar kelapa sawit dan setiap hari, terdapat banyak kerja-kerja mencantas dahan pokok kelapa sawit.
"Selain itu, kita boleh menggunakan sumber lain seperti jagung dan nanas yang mana dapat mengurangkan lagi kos untuk pengusaha," tambahnya.
Ini katanya akan membantu para pengusaha selain menarik minta golongan belia untuk melibatkan diri dalam industri tersebut.
Uggah juga berkata terdapat keperluan untuk membangunkan model ladang intensif di mana tapak seluas lima hektar boleh digunakan untuk membiak 30 ekor kerbau.
"Hasrat kita ialah dapat menternak antara 11,000 hingga 12,000 ekor pada 2030," jelasnya.
Pada masa kemuncak industri dalam tahun 2000, negeri ini mempunyai 12000 ekor kerbau tetapi kini hanya mempunyai 5,000, katanya.
"Oleh itu, kita ingin memulihkan industri sekarang selain mencapai matlamat negeri untuk menjadi pengeksport bersih produk makanan dan makanan menjelang 2030.
"Terdapat banyak permintaan untuk daging kerbau di rantau ini," katanya lagi.
Turut hadir Menteri Muda Pertanian Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau, Paulus Gumbang.