Helikopter terhempas masa pendaratan cemas
MARUDI: Helikopter Bell206 terhempas di hutan berhampiran sempadan Marudi - Brunei.
Bagaimanapun, dua juruterbang Kapten Mohd. Dom Wahab dan Kapten Muhd. Amirul Asyraf yang berada dalam helikopter tersebut terselamat.
Helikopter tersebut dipercayai mendarat cemas kira-kira jam 5.57 petang selepas menurunkan tiga pegawai Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia Cawangan Sarawak.
Pegawai Operasi Sabah Air, Masmadi berkata, kedua-dua juruterbang dalam helikopter terselamat.
"Maklumat terkini, semua mangsa telah dibawa keluar ke Marudi menggunakan jalan darat oleh pihak JUPEM.
"Manakala tiga penumpang iaitu Pegawai JUPEM telah diturunkan untuk melakukan kerja-kerja mereka," katanya.
Sementara itu, Pesuruhjahya Polis Sarawak mengesahkan kejadian dan semua penumpang selamat termasuk juruterbang.