Tuhan masih sayangkan saya-Dennis
MIRI:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau,52, terselamat dalam kemalangan jalan raya di kawasan Bukit Song, Jalan Miri - Bintulu, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11 malam itu kenderaan jenis Toyota Land Cruiser yang dipandunya bersama dua wartawan akhbar tempatan Margret Ringgit(New Sarawak Tribune) dan Jude Toyat(Borneo Post) hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan dan terbalik.
Dennis berkata,ketika kejadian kereta yang dipandunya bergerak agak perlahan.
"Saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian ini...Tuhan masih sayangkan saya,"katanya.
Dennis tidak mengalami kecederaan manakala dua penumpang hanya mengalami mengalami kecederaan ringan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,wakil rakyat itu dalam perjalanan dari arah Long Lama menuju ke bandar Miri.
"Mereka balik selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu 2020 dan Tahun Baharu Cina peringkat daerah Telang Usan di pekan Long Lama,"katanya.