Ditahan bawa muatan kayu tanpa dokumen sah

SIMUNJAN: Dua pemandu lori warga tempatan berusia 32 dan 37 tahun ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Simunjan kerana membawa muatan kayu yang telah di proses tidak mempunyai sebarang dokumen sah.

Tangkapan dilakukan jam 10.25 malam
dalam satu sekatan jalan raya cegah jenayah di Jalan Simunjan – Gedong, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Simunjan,Deputi Superintendan (DSP) Merbin Lisa berkata,dua buah lori tiga tan jenis Toyota Hino turut disita.


"Kedua-dua pemandu dalam perjalanan daripada daerah Pusa menuju ke Serian untuk menghantar muatan tersebut.

"Hasil siasatan awal mendapati sebanyak 1,000 batang kayu gergaji pelbagai jenis diperoleh secara tidak sah dibawa bertujuan untuk membuat rumah persendiriaan di daerah Serian,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kedua-dua suspek dibawa ke IPD Simunjan untuk siasatan lanjut manakala kayu yang dirampas dirujuk ke Jabatan Hutan Sarawak(JHS). 

Kes disiasat bawah Seksyen 95(1) Ordinan Hutan Sarawak 2015.
LihatTutupKomentar
Cancel