Amukan tukang cat
Ekoran tak dibayar upah yang dijanjikan, seorang tukang cat meninggalkan mesej graffiti pada bangunan yang telah disiapkan sebelum ini.
Orang ramai yang berjalan berdekatan bangunan yang dulu menempatkan North Star Club di Bolsover, England menyaksikan mesej yang ditulis - "Mahu mengecat rumah? Jangan jadi seperti Terry, bayar bil! Sekarang anda bayar!"
Mesej itu dibuat Dean Reeves yang diupah mengecat bangunan itu namun tak dibayar upah sebanyak $645 (RM ).
Dia juga disuruh beberapa kali membuat kerja apa yang diluar skop persetujuan menyebabkan mesej itu dibuat.
"Saya berikan quote kerja dan diberitahu akan dimasukkan wang segera, tapi dia cuba menukarkan skop kerja ketika sudah 50% siap.
"Dia menukar skop kerja, minta tambahan kerja jika mahu dibayar. Saya buat juga namun tak dibayar malah diminta buat satu lagi kerja tambahan," katanya Dean Reeves pada SWNS.
Namun Terry, menafikan dakwaan Reeves dan akan membayar kesemua upah jika kerja-kerja yang dipersetujui disiapkan.
Polis Derbyshire mengesahkan telah menerima laporan mengenai graffiti itu dan akan bertemu pihak terlibat untuk cuba menyelesaikannya.
Bayar jangan tak bayar apa yang telah dijanjikan... Deal sudah ada, ikut apa yang dijanjikan secara gentleman kan??? Pembaca sitok sikda mcm tok nak? 😁 apa komen kitak