Dua beranak maut terbakar


MATU: Ketika orang lain nyenyak tidur dibuai mimpi, sebuah keluara mengalami mimpi ngeri dalam kejadian kebakaran yang menyayat hati awal pagi tadi.

Mangsa dua beranak, seorang daripadanya dipercayai Orang Kelainan Upaya (OKU) rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Sekaan Kecil, pada jam kira-kira 2 pagi.
 
Mangsa rentung dikenali Sedah Sahari dan Remlah Mesie yang masing-masing berusia 84 dan 58 tahun.
Seorang lagi ahli keluarga mangsa, Abdul Razak bin Mesie, 40an berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran. 
Komander Operasi Bomba, Mustapha Wasli berkata, mangsa lelaki berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran dan mengadu mengalami sesak nafas kemudian dihantar ke hospital dengan bantuan penduduk kampung. 
"Semasa menjalankan kerja-kerja overhaul, pihak bomba telah menjumpai mayat kedua-dua mangsa di ruang tamu rumah berkenaan sekitar jam 4.20 pagi.
"Mayat diserahkan kepada pihak polis di lokasi untuk tindakan lanjut," katanya.

Mangsa dari rumah sebelah yang terselamat Mahsin Rais 60-an, Aminah Ali Ahmad 60-an dan Norhajijah Abdullah, 15.

Difahamkan mangsa yang terselamat terjun tingkap menyelamat diri dalam kejadian kebakaran yang berlaku dengan pantas.

Sementara itu seorang penduduk kampung berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan kemungkinan mangsa terperangkap ketika api sedang marak.

"Orang kampung cuba membantu tetapi kejadian berlaku terlalu pantas," katanya.

Kejadian tersebut turut memusnahkan sebuah rumah berhampiran namun kesemua penghuni selamat.
LihatTutupKomentar
Cancel