Dua hero selamatkan kuarters guru

BETONG: Tindakan berani seorang guru dan seorang bapa berjaya menyelamatkan bilik tidur kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Ai,Lubuk Antu terbakar pagi tadi.


Semasa kejadian terdapat seorang warga emas lelaki berumur 70 tahun dan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) lelaki berumur 35 tahun bersama lima penghuni lain berada di dalam rumah tersebut. 


Bagaimanapun, tindakan berani Cikgu John dan seorang lagi bapa kepada murid Pra-sekolah berjaya menyelamatkan mereka dalam kebakaran itu.


Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 11.29 pagi.


"Dua hero berkenaan membuat tindakan awal dengan memadamkan kebakaran dan memindah penghuni rumah tersebut telah menyelamatkan nyawa dan kemusnahan harta benda dari kebakaran,"katanya di sini,hari ini.


Katanya,mereka memadamkan kebakaran menggunakan 13 unit alat pemadam api jenis debu kering dan air sebelum dibantu lain-lain penghuni bagi menghalang kebakaran dari terus merebak ke satu deret berek dua pintu.

"Kebakaran tersebut melibatkan sebuah bilik tidur yang terbakar 50 peratus,"ujarnya.

Katanya,pasukan Bomba seterusnya membuat pemeriksaan dan memastikan tiada kemerbahayaan di lokasi kebakaran.
LihatTutupKomentar
Cancel