Dua warganegara Kanada diterbangkan ke Miri dari Mulu


MIRI: Dua pelancong warganegara Kanada dikuarantin di sebuah hotel di Mulu kerana mengidap demam panas sebelum dihantar ke Hospital Umum Miri semalam.

Suami isteri terbabit tiba di lapangan terbang Mulu dari Kota Kinabalu pada jam 2 petang pada 9 Februari lalu.


Ketua Polis Daerah Marudi  DSP Jo Ak Hang berkata, setibanya di Mulu, Trinh Dinh Hieu 69 yang juga pesara doktor gigi mengalami demam panas yang teruk.

Manakala isteri Trinh Anh Nguyet, 58 tidak mengalami simptom demam.

Pasangan suami isteri warganegara Kanada itu berasal dari Vietnam. 

Menurutnya, doktor yang bertugas (Dr. Samuel) dari Klinik Batu Bungan Mulu telah memeriksa pesakit.

Katanya, Hasil pemeriksaan awal, mendapati terdapat simpton-simptom yang disyaki penyakit koronavirus pdaa mangsa.

"Kedua-dua pasangan suami isteri tersebut di kuarantin di bilik berasingan," katanya dalam kenyataan.

Untuk rekod perjalanan mangsa sebelum sampai ke Mulu ialah dari Chinese Taipie, Singapura, Bali, Singapore, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu kemudian destinasi terakhir Mulu.
LihatTutupKomentar
Cancel