Sarawak catat 3,630 kes kemalangan pekerja pada 2019
KUCHING, 11 Feb: Sarawak merekodkan
sebanyak 3,630 kes kemalangan pekerjaan dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada tahun 2019.
Ketua Eksekutif PERKESO, Dato Sri Dr Mohammed Azmin Dato Aziz Mohammed berkata demikian dengan dari jumlah itu sebanyak 85 kes terbabit adalah kes pekerja kemalangan maut.
"Bilangan kes (pekerja) kemalangan maut adalah 85 kes termasuk 49 kes akibat kemalangan ketika dalam perjalanan (atau berulang alik ke tempat kerja),"kata majlis Penutupan Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Inisiatif PERKESO dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerjasama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Bangunan MBKS, Padungan di sini, hari ini.
Azmin berkata dari 3,630 kes laporan kemalangan pekerjaan di Sarawak juga sebanyak 1,131 kes terbabit adalah pekerja kemalangan dalam perjalanan.
Katanya PERKESO membayar hampir RM24 juta bagi kematian, hilang upaya dan kecederaan pekerja di Sarawak pada 2019 manakala dua tahun lepas membayar sebanyak RM22 juta.
"Kemalangan membabitkan pekerja sewaktu dalam perjalanan atau berulang-alik ke tempat kerja perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak terutama majikan,"katanya.
Azmin berkata ini kerana adalah tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan pekerja masing-masing pada tahap yang baik bukan sahaja di tempat kerja malahan waktu dalam perjalanan.
Tamat
keterangan gambar:
1.Mohammed Azmin Dato Aziz Mohammed (tiga dari kanan) bersama Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ramli Din (dua dari kanan ) meletakkan tangan pada bola kaca sebagai sombolik merasmikan majlis Penutupan Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Inisiatif PERKESO dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerjasama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Bangunan MBKS, Padungan di sini, hari ini.