Enam kes baharu saspek COVID-19 di Sarawak
KUCHING; Enam kes baharu Pesakit Dalam Siasatan (PUI) COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini.
Lima kes direkodkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu kes di Hospital Sibu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, sebanyak 91 kes PUI dicatatkan sejak 10 Januari hingga hari ini.
Katanya, sejumlah 70 kes melibatkan rakyat Malaysia, 18 warga China, masing seorang warga Thailand, Indonesia dan Kanada.
"Bagaimanapun, 79 individu telah diuji negatif dan 12 orang masih menunggu keputusan daripada ujian makmal, sehingga jam 12 tengah hari Jumaat lalu," katanya.
Jabatan Kesihatan juga telah menyaring 4,971 penumpang yang tiba di pelbagai lapangan terbang, darat dan laut di negeri ini," katanya.