Sokong Anwar jadi PM

SADONG JAYA: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batang Sadong,Piee Ling yakin dengan keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-8 demi kestabilan pentadbiran negara.

Menurutnya,pelan peralihan kuasa yang disepakati Majlis Presiden Pakatan Harapan(PH) perlu berjalan lancar.

"Kebolehan dan ketokohan Datuk Seri Anwar telah terbukti sewaktu menerajui Kementerian Kewangan serta Timbalan Perdana Meteri sebelum ini. 

"Kita di peringkat akar umbi cabang menolak segala percubaan pihak tertentu, cuba menidakkan perjanjian peralihan kuasa itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat AJK Cabang hari ini.

Katanya,hubungan baik beliau dengan pemimpin luar negara akan memberi manfaat kepada ekonomi negara.

"Perjanjian peralihan jawatan PM telah dipersetujui sebelum PRU14 di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel