Sarawak komited pelihara alam semula jadi-Johari
MIRI :Kerajaan Sarawak sentiasa komited memastikan pembangunan negeri selari dengan pemuliharaan alam semula jadi.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata,perkara itu sudah ditekankan sejak kepimpinan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarham Tok Nan.
"Sarawak antara negeri yang memberi penekanan mempertahankan dasar untuk melindungi alam semulajadi, biodiversiti, dan pewartaan taman,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran "Love Hornbills Day 2020" di Rizab Semulajadi Piasau (PNR) hari ini.
Menjelas lanjut,katanya,Sarawak
bertuah kerana mempunyai hutan dalam bandar seperti Rizab Alam Semulajadi Samajaya (Kuching), Rizab Alam Semulajadi Bukit Lima (Sibu) dan Rizab Semulajadi Bukit Hitam dan Bukit Sembiling di Limbang dan Rizab Semulajadi Piasau di Miri.
"Kita berharap Rizab Semulajadi Piasau di Miri ini dianugerah sebagai Rizab Alam Semulajadi Dunia
"PNR telah diwartakan sebagai Rizab Semulajadi secara rasminya pada 31 Disember 2013 dengan keluasan 93.5 hektar dan merupakan satu-satunya taman (Urban Forest) yang ada di tengah-tengah bandar raya Miri,"ujarnya.
Pada majlis itu Abang Johari turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM30 juta untuk membangunkan Nature Discovery Centre di PNR.