Gangguan bekalan air di Bahagian Samarahan


KUCHING: Gangguan bekalan air atau tekanan air rendah akan berlaku di Bahagian Samarahan mulai jam 10 malam esok hingga jam 5 pagi hari Rabu.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampus UNIMAS lama, Kota Samarahan, UiTM,Taman Desa Ilmu, Summer Mall, Aiman Mall, Taman Perindustrian Samarahan, Pentagon, Kampung Sindang, Institut Pendidikan Guru, Kampung Tanjung Bundong, Kampung Baru, Kampung Plaie, Kampung Rembus, Kampung Melaban, Kampung Tanjung Parang, Kampung Sungai Mata, Kampung Tambey dan para pengguna di kawasan sekitar.

 Lembaga Air Kuching(LAK) dalam saru kenyataan hari ini berkata, atas permintaan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (LAK) akan menjalankan operasi injap bagi memudahkan kerja-kerja penyambungan paip baru JBALB saiz 900mm ND ke paip LAK saiz 800mm ND di bulatan Jalan Datuk Mohammad Musa berdekatan Summer Mall.

Katanya,semasa operasi dijalankan, para pengguna dinasihati supaya bersedia semasa gangguan tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Talian LAK: 082-222333 atau sms ke 019-8866650.

 

 
LihatTutupKomentar
Cancel