Gedung Giant di Sarawak tutup?


PETALING JAYA: GCH Retail (M) Sdn Bhd, yang mengendalikan pasar raya Giant, Cold Storage, Mercato dan pasar raya hiper berjenama Jason akan keluar dari Sabah dan Sarawak ditutup dalam tempoh beberapa bulan akan datang sebagai sebahagian daripada penyusunan semula operasi.

The Edge Malaysia melaporkan, penutupan perniagaan firma peruncitan di Sabah dan Sarawak adalah untuk proses mengalihkan cawangannya di Sabah dan Sarawak kepada local players yang sudah established.

Jurucakap GCH Retail memberitahu The Edge Malaysia, "Di Sabah dan Sarawak, kami sedang dalam proses peralihan semua kedai kami kepada peruncit tempatan untuk kebaikan para pelanggan kami dalam jangka panjang.

Menurut jurucakap GCH Retail, mereka sedang dalam proses peralihan semua kedai kepada peruncit tempatan yang berwibawa dan akan meneruskan perniagaan pasar raya mereka untuk kebaikan para pelanggan dalam jangka panjang.

“Perubahan ini juga telah membuka peluang baharu untuk pasukan sedia ada, dan membuka peluang pekerjaan baharu. 

"Kami telah berunding dengan pegawai dan kementerian yang berkenaan untuk memastikan peralihan ini dapat dilakukan dengan cara paling berkesan, tanpa memberi impak kepada para pelanggan dan pasukan kerja kami, yang akan terus kami berikan perhatian apabila perubahan ini berlaku,” katanya.

Salah satu pemain tempatan yang dikenal pasti untuk mengambil alih Gedung Giant ialah Bataras Sdn. Bhd.

"Selain itu, kedai-kedai kesihatan dan kecantikan seperti Guardian akan terus beroperasi. 

"Kedai-kedai Guardian kini beroperasi dengan baik di Sabah dan Sarawak dan mereka akan terus melabur di dalamnya untuk memenuhi keperluan penduduk di sana.

Jurucakap tersebut berkata, peralihan operasi peruncitan kami [pasar raya dan pasar raya besar] kepada pemilikan tempatan tidak menjejaskan perniagaan kesihatan dan kecantikan kami.”

GCH, iaitu sebahagian daripada Dairy Farm International Holdings Ltd. (DFI) Hong Kong, merupakan satu-satunya pengendali pasar raya asing yang menjalankan perniagaan ke Sabah dan Sarawak.
LihatTutupKomentar
Cancel