Gelanggang Futsal di Kampung Pangtray siap
Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajan Sarawak terbabit bermula 19 September 2019 disiapkan kontraktornya pada 21 November 2019 yang lebih awal dari jadual penyiapannya pada 18 Januari 2020.
"Projek Naik Taraf Gelanggang Futsal di Kampung Pangtray Daro adalah bertujuan untuk membaik pulih infrastruktur seperti permukaan lantai gelanggang sedia ada," menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah.
Selain itu projek juga mengantikan pagar yang baru dan membina jalan masuk yang baru bagi kemudahan belia di Kampung Pangtray menjalankan aktiviti sukan.
tanat.
keterangan gambar:
1.Pandangan atas gelanggang futsal di Kampung Pangtray Daro yang sudah dinaiktaraf.
2.Gelanggang futsal di Kampung Pangtray Daro yang sudah dinaiktaraf.