Giant tutup? Kerajaan Sarawak tak tahu.


KUCHING, 8 Feb: Kerajaan Sarawak  masih belum ada dimaklumkan yang cawangan pasaraya Giant di negeri akan ditutup tidak lama lagi.

Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais berkata demikian dan mengakui berita pasaraya terbabit akan ditutup adalah satu kejutan kepada mereka.

"Tidak ada ( dimaklumkan kepada kerajaan Sarawak)  kerana private business, private venture, kalau ada ekuiti kerajaan mungkin kerajaan ada diberitahu, tapi ini 100 peratus private business saya rasa,"katanya  ketika mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri majlis makan malam Himpunan Legasi Qun Sarawak 2020, di sini, malam ini.

Naroden berkata berikutan itu pihaknya tidak mengetahui mengenai bakal penutupan pasaraya itu dan apakah yang menjadi punca penutupan terbabit.

"Pasaraya Giant ini dibawah (syarikat ) kumpulan  antarabangsa global, mungkin di sini (Sarawak) akan ditutup dan dibuka di tempat lain kerana sewa (premis) atau sebagainya,"katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan keadaan ekonomi yang tidak menentu menjadi punca kepada penutupan terbabit tetapi setakat ini pihaknya  tidak ada dimaklumkan pasaraya lain di Sarawak juga akan ditutup.

"Kita lihat pasaraya lain masih ada, malahan makin banyak (pasaraya baharu) yang dibuka,"tambahnya.

Sebelum ini, The Edge Malaysia melaporkan, penutupan perniagaan firma peruncitan itu di Sabah dan Sarawak adalah untuk proses mengalihkan cawangannya di Sabah dan Sarawak kepada local players yang sudah established.

Jurucakap GCH Retail memberitahu The Edge Malaysia, "Di Sabah dan Sarawak, kami sedang dalam proses peralihan semua kedai kami kepada peruncit tempatan untuk kebaikan para pelanggan kami dalam jangka panjang.
tamat

keterangan gambar:

1.Datuk Mohd Naroden Majais (tengah) menerima cenderahati selepas mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri majlis makan malam Himpunan Legasi Qun Sarawak 2020, di sini, malam ini.

2.Datuk Mohd Naroden Majais (tengah) bersama peserta Kursus Urutan Terapi Qun selepas mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri majlis makan malam Himpunan Legasi Qun Sarawak 2020, di sini, malam ini.
LihatTutupKomentar
Cancel