Seorang mati, seorang parah

BINTULU: Seorang mati, seorang parah apabila kereta Myvi melanggar treler di Simpang Sebauh Jalan Bintulu - Miri malam tadi. 

Seorang penumpang kereta Myvi itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pemandu Myvi yang tersepit cedera parah. 

Kedua-dua mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh pihak bomba. 

Komander Operasi dari Balai Bomba Bintulu PBK II Pero Guyuh melaporkan, mangsa yang cedera parah telah diserahkan kepada pihak ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada  polis.

Bomba menerima laporan pada jam 8.46 malam sebelum mengerahkan sembilan anggota ke tempat kejadian.
LihatTutupKomentar
Cancel