GPS sedia hadapi pilihan raya

ASAJAYA:Gabungan Parti Sarawak(GPS) siap-sedia menghadapi pilihan raya jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB), Datuk Julaihi Narawi berkata, kepentingan negara dan Sarawak sentiasa menjadi keutamaan GPS.

"Kita sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila jika itu keputusan pucuk pimpinan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas mengadakan lawatan tapak projek naik taraf jalan pesisir, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sebuyau itu berkata, apa yang menjadi prinsip GPS ialah bekerja sepanjang masa untuk rakyat.

"Kita bukan hanya bekerja semasa pilihan raya hendak diadakan tetapi ia berterusan,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel