Hari hari terakhir Gas LPG Petronas di Sarawak


KUCHING: Tong gas memasak Petronas yang diedarkan akan ditukar warna  lambang Petroleum Sarawak Berhad (PETROS)  iaitu merah, putih dan hitam mengikut warna

Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mengambil alih pengedaran gas memasak daripada pihak Syarikat Petroliam Berhad (Petronas) sekali gus memperkenalkan gas jenama Petros.

“Kali ini tidak lagi warna hijau, warna putih, hitam dengan merah kerana ia adalah warna Petros dengan lambang Petros.

"Jangan tanya harga dahulu, kerana harga nya kita mengikut harga pasaran gas, bagaimanapun kita mestilah mengikut step by step (langkah demi langkah) dahulu.,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Sarawak kita Empun Anjuran Wanita PBB di Ibu Pejabat PBB disini, pagi Ahad.

Abang Johari berkata, dia akan mengkaji harga gas khas untuk rakyat Sarawak jika diberi mandat dengan kemenangan yang besar pada pilihan raya negeri akan datang, beliau akan melihat bagaimana untuk mengatur harga gas khas untuk rakyat Sarawak.

“Kita kerja kuat supaya kita menang dalam pilihanraya tok. Bila kita kuat, kita menang besar, kita ngatur harga gas kita kelak,” katanya.

Selain itu, jenama dan lambang PETRONAS pada tong gas cecair petroleum (LPG) itu juga akan digantikan dengan PETROS.

Berkuat kuasa 1 Januari 2020, PETROS mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas bekalan, jualan dan pengedaran gas asli di Sarawak, selaras dengan Ordinan Pengagihan Gas Negara 2016.
LihatTutupKomentar
Cancel