Separuh bil api jeraya mesti dibayar Council

KUCHING,16 Feb: Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin meminta kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menanggung hingga 50 peratus bil elektrik bagi projek lampu jalan Jalan Puncak Borneo, Padawan, di sini.

"Secara lazimnya memang pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri di negara ini yang akan membayar 50 peratus (bil elektrik lampu jalan) dan selebihnya dibayar kerajaan persekutuan," katanya selepas merasmikan cawangan kedai pertama produk Nang Ori di Kuching Sentral, di sini, hari ini.

Willie berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang yang peruntukan sebanyak RM3 juta dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pemasangan lampu jalan itu tahun lepas dan akan bermula tahun ini tidak mencukupi kerana tidak merangkumi pembayaran bil elektriknya.

"Saya telahpun telah menghantar pesanan teks kepada Yb Lo (Khere Chiang) pagi tadi untuk memberi penjelasan dan beliau memaklumkan akan memeriksanya dengan kakitangan MPP, dan mungkin terlepas pandang perkara itu,"katanya.

Willie berkata mendedahkan kerajaan pusat melalui KPKT juga menangung sebanyak 50 peratus kos bil elektrik yang perlu ditanggung pihak berkuasa tempatan di negara ini.

"Sehubungan itu, saya akan memastikan isu pembayaran bil elektrik lampu jalan bagi Jalan Puncak Borneo tidak akan menganggu perlaksanan projek pemasangan lampu jalan di sepanjang jalan terbabit yang sudah bermula,"katanya.

Willie berkata kerajaan pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT meluluskan keseluruhannya RM3 juta bagi melaksanakan projek pemasangan lampu Jalan Puncak Borneo tahun lepas dan sebanyak RM200,000 peruntukan terbabit sudah disalurkan kepada MPP melaksanakan fasa pertama projek itu.

Beliau tiada butiran jumlah lampu jalan yang dipasang dalam projek itu dan menyerahkan kepada MPP tetapi lampu terbabit akan dipasang sepanjang jajaran dari Batu 14 sehingga Kampung Annah Rais dan projek dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Keterangan gambar:

1.Willie Mongin ( dua dari kiri) memotong riben sebagai simbolik merasmikan cawangan kedai pertama Nang Ori di Kuching Sentral, di sini, hari ini.

2.Willie Mongin ( dua dari kiri) bersama orang ramai yang menghadiri majlis perasmian cawangan kedai pertama Nang Ori di Kuching Sentral, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel