Iklan judi dalam laman sosial yang semakin berleluasa

Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia melahirkan rasa kebimbangan berikutan iklan judi dalam laman sosial yang semakin berleluasa.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata beliau khuatir Facebook membenarkan aktiviti perjudian berleluasa tanpa tindakan sewajarnya daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)).

“Negara lain mungkin membenarkan tetapi di Malaysia ia tidak boleh menawarkan perkhidmatan itu tanpa lesen.”


“SKMM patut mengenakan penalti terus sebagaimana tindakan yang diambil Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ke atas syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab,” katanya ketika dihubungi Gago Daily melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau menambah, aktiviti perjudian ini harus dilarang kepada akses di Malaysia oleh pihak berkuasa.

“Aktiviti ini tidak dilesen di Malaysia, maka larangan ke atas pihak Facebook harus dikuatkuasakan oleh pihak SKMM.

Ditanya sama ada SKMM ‘tidur’ dalam perkara ini, beliau menjawab ya.

“Malaysia boleh kenakan cukai perniagaan online. Ada undang-undang boleh dikuatkuasakan oleh pihak SKMM. Maka perjudian juga harus dikuatkuasakan ke atas platform di talian,” katanya.

Muhammad adalah anggota dan bekas presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
LihatTutupKomentar
Cancel