Indonesia mahu belajar buat empangan hidro dari Sarawak
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ini berikutan Indonesia telah meminta Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk menjalinkan kerjasama itu dengan mereka,
"Kami sudah memberi maklumbalas, dan sebenarnya saya sudah menerangkannya kepada Perdana Menteri kerana ini membabitkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia,"katanya ketika menghadiri majlis makan malam Chap Goh Mei Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Rendah Chung Hua Kuching No1-6 di SJK Chung Hua No.4, Jalan Nanas, di sini, malam tadi.
Abang Johari berkata dalam kerjasama terbabit Sarawak akan menyediakan tenaga pakar kepada negara jiran itu dan mendedahkan salah satu kawasan di Kalimantan dikenalpasti akan dibangunkan dengan tenaga hidro terletak bersebelah Gunung Hose dekat Bakun.
" Kamu tahulah (Presiden Indonesia), Jokowi juga mahu menubuhkan ibu kota negaranya di sebelah pintu, maknanya terdapat banyak peluang bagi kita,"katanya.
Katanya berikutan itu Sarawak yang ada 2.8 juta penduduk perlu memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi rantau ini dan perlu memberikan pendidikan yang betul kepada rakyat negeri ini.
"Saya yakin SJK Chung Hua No.4 akan menyumbang pelajar yang betul kepada lima sekolah antarabangsa yang akan diwujudkan dengan subsidi kerajaan Sarawak, mengunakan silibus antarabangsa," katanya dan sekolah antarabangsa itu diwujudkan kerajaan Sarawak kerana pihaknya tidak mahu polisi pendidikan bertukar-tukar.
tamat
keterangan gambar
1.Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (empat dari kanan) menerima cenderahati dari Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Rendah Chung Hua Kuching No1-6 di majlis makan malam Chap Goh Mei di SJK Chung Hua No.4, di sini, malam tadi.