Inspektor Ramdan dicekup

BATU PAHAT: Tindakan seorang remaja yang menyamar sebagai Pegawai Polis mengundang padah apabila dicekup awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi, ketika 
pihak polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan mat rempit di Jalan Kluang, KM 19, hadapan Hotel Pintar,di sini,mereka didatangi Inspektor Ramdan
Menurut Sumber, Inspektor Ramdan memperkenalkan dirinya daripada cawangan risikan operasi jenayah, IPK Johor. 
"Suspek Ramdan Mohd Noer,19, beralamat di nombor 82, Belakang Petron, Peserai Lama, Batu Pahat, Johor.
menyatakan dia sudah lebih kurang seminggu berada di kawasan tersebut kerana menjalankan tugas risikan dan pemantauan kegiatan mat rempit di sekitar kawasan Parit Raja.
"Suspek menaiki sebuah motisikal nombor pendaftaran JQJ 4273 jenis Ex5 berwarna merah, memakai pakaian seragam operasi polis dengan pangkat Inspektor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,disebabkan curiga dengan kehadiran suspek, pihak polis telah membuat semakan no. pendaftaran motosikal yang digunakan oleh suspek.
"Hasil semakan mendapati motosikal tersebut didaftarkan atas nama Ramdan Mohd Noer.
 
"Atas dasar curiga kerana data diri hanya menunjukkan suspek berumur 19 tahun, pihak polis meminta suspek kemukakan kad kuasanya untuk kepastian, namun dia gagal untuk mengemukakan kad kuasanya,"ujarnya.

Katanya, hasil pemeriksaan tubuh badan ke atas suspek telah menjumpai beberapa peralatan polis.

"Antaranya kad holder berlogo polis, kad kuasa tiruan pegawai kanan polis berpangkat Inspektor, gambar beruniform polis berukuran passport, topi besbol berwarna biru gelap dan berlogo polis,pistol tiruan, baju kalis peluru dan lain-lain lagi,"jelasnya.

Katanya,siasatan awal mendapati suspek merupakan pelajar di Kolej Vokasional Sri Gading. 

Permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Batu Pahat pada hari ini dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 171 Kanun Keseksaan, 36 (1) Akta Senjata 1960, 89 Akta Polis 1967
LihatTutupKomentar
Cancel