Isteri mengamuk tinggal nota di tilam
Selepas mengetahui suaminya bertindak curang, si isteri bertindak balas dengan menconteng mesej pada tilam mereka baru-baru ini.
Si isteri menyatakan si suami telah curang dan perkara itu telah diberitahu kepada anak-anak mereka.
Mesej ditulis berbunyi, "Saya telah menukar kunci... Ambil tilam ini ke rumah wanita itu. 'Slut', saya ceraikan anda. Saya beritahu anak-anak apa yang kau lakukan di tilam kita dan mereka tak sayang 'daddy' lagi."
Tilam bersama mesej itu yang diletak di depan rumah bukan sahaja dilihat jiran mereka malah warga netizen.
Si isteri telah memuat naik ke dalam Reddit dengan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang menyokong tindakan itu namun ada berpandangan tidak perlu menceritakan perbuatan suaminya kepada anak-anak mereka.
Moga menjadi pengajaran kepada sang suami di luar sana agar tidak mencari pasal... Hehehe, nasib kena conteng tilam je, kalau kena parang...