Jalan Gedong/Simunjan tutup separuh
KUCHING: Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya Jalan Gedong / Simunjan (Q3116) CH 8+250 ke CH 11+600 di Bahagian Samarahan akan dilaksanakan bermula 14 Februari 2020 hingga 13 Jun 2020.
Pengguna-pengguna jalan raya dipohon mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan sekitar kawasan yang terlibat dan ikut arahan penjaga bendera untuk melancarkan pergerakan trafik.
Pengguna jalan raya dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik ini, sila berhubung dengan Pejabat JKR Samarahan (082-672 816) pada waktu pejabat dan CMS Quarries dan CMS Premix Sdn Bhd (016-864 8903).