Jambatan Marudi dijangka siap 2024
MARUDI: Pembinaan Jambatan Marudi sehingga 25 Januari kini hanya mencapai 1.33 peratus berbanding 10.59 peratus yang dijadualkan.
Komunikasi Korporat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam muatan status di Facebooknya memberitahu, kelewatan sebanyak 9.26 peratus itu berpunca daripada banjir dan paras air tinggi sejak Okt 2019 sehingga pertengahan Jan tahun ini.
Terdahulu Timbalan Pengarah JKR Sarawak (Pengurusan Aset) Ir. Richard Tajan serta jurutera JKR Bahagian Miri dan Wilayah Utara turut meninjau tapak pembinaan Jambatan Marudi.
Jambatan merentasi Batang Baram sepanjang 650 meter dengan jalan dua lorong sehala itu kelak akan menyingkatkan perjalanan di antara Miri dan Marudi selain memudahkan pengguna terutama pelancong yang mahu berkunjung ke Marudi atau meneruskan perjalanan mereka ke Taman Negara Gunung Mulu melalui jalan darat dari Marudi.
Gambar 1
Richard Tajan (lima kiri) bersama yang lain semasa lawatan kerja ke tapak pembinaan Jambatan Marudi.
Gambar 2
Richard Tajan (tiga kiri) sedang mendengar penerangan perkembangan pembinaan Jambatan Marudi.