70 keluarga di Long Seridan nikmati bekalan air bersih Program SAWAS.

LONG SERIDAN: Kira-kira 70 keluarga kaum Kelabit di Long Seridan kini menikmati bekalan air bersih melalui Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).

Projek kerajaan negeri oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) ini turut memanfaatkan sekolah rendah dan klinik di kawasan itu.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek SAWAS di Long Seridan merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Pakej 2 dalam Fasa 1. 

“Projek yang bernilai RM10 Juta ini telah mula beroperasi pada tahun 2018 dan telah memberi manfaat bekalan air bersih kepada 70 buah isi rumah di Long Seridan,” katanya semasa merasmikan Program Kesedaran dan Pendidikan SAWAS di Rumah Panjang Long Seridan Asal Miri, Jumaat lalu.

Pada majlis tersebut, Junaidi menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan sistem bekalan air SAWAS kepada komuniti Long Seridan.

Katanya, projek SAWAS merupakan antara inisiatif kemeneterian emnerusi JBALB di bawah Program Grid Air Sarawak yang berperanan untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan terpencil dan belum menerima bekalan air bersih dan selamat menggunakan sistem bekalan air yang bersesuaian. 

“Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) akan diperluas ke 56 kawasan pedalaman di seluruh negeri pada tahun ini,” katanya sambil menambah sebanyak 22 kampung dan rumah panjang di seluruh negeri lokasi dalam Fasa 1 projek perintis Sawas pada 2018.

Long Seridan terletak kira-kira 130 km dari Miri atau kira-kira tujuh jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda.

Program ini turut dihadiri oleh YB Dato Gerawat Gala (Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN N.78 Mulu), Encik Ir Chang Kuet Shian (Pengarah JBALB Sarawak), wakil Pejabat Residen dan Pejabat Daerah, dan ketua masyarakat serta penduduk Rumah Panjang Long Seridan Asal, Miri.
LihatTutupKomentar
Cancel